Dari Pena Ibu Ammar

Ruang untuk berkongsi penulisan dari hati

Tadi terbaca kat story Cuda tulisan Dr Taufiq Razif.


“Nak jadi ibu yang baik?


Shoppinglah. Menangislah. Berlarilah. Bersenamlah.


Buatlah apa apa saja yang menggembirakan diri anda.


We need you to be okay!


Ibu lebih mudah menjadi baik bila dirinya okay.”


Terus ibu teringat IIUMC Confession beberapa minggu lepas. “Aku Benci Jadi Mak”. https://iiumc.com/aku-benci-jadi-mak/


Burnt Out. Satu Realiti.


Apa yang emak dalam confession tu rasa adalah burnt out. Sepanjang jadi seorang ibu dah hampir masuk tahun ke 7, tipulah kalau ibu tak pernah alami perasaan Burnt Out. Even dah masuk anak ke 3 pun, ada masa-masa tertentu perasaan burnt out tu datang. 


Lagi2 balik rumah penat kerja, nak rehat sekejap anak2 duk kacau. Dah penat kemas rumah malam2, esoknya bersepah balik macam sebelumnya. Lagi2 stress kalau 2,3 hari lepas baru kemas rumah kemas dapur, anak2 tengah aktif sepahkan rumah sambil main, ada tetamu tiba2 datang. Tengok rumah bersepah.


Datanglah macam2 fikiran yang serabut dalam kepala. Rasa dipandang macam seorang ibu yang gagal. Tak pandai uruskan rumahtangga. That’s the killer thought.


Tapi beberapa ketika ni, ibu ambik masa untuk cuba ubah fikiran sendiri. Ubah persepsi sendiri. Sebab musuh paling utama adalah fikiran sendiri. Macam mana kita nak bentuk kehidupan kita adalah dengan membentuk pemikiran dan rutin kita.


1. Take your time


Terutama buat ibu2 muda dan ibu2 baru. Belajar untuk jangan expect terlalu tinggi. Jangan expect bila kita bersalin kita akan terus menjadi ibu yang sempurna. Take 1 step at a time. Learn 1 thing at a time.


2. Do things at your own pace


Ni kesilapan paling besar yang ibu pernah buat. Sebab ibu memang suka tengok kehidupan artis dan anak2, kehidupan kawan2 ibu dan anak2. Tanpa sedar ibu dah letak 1 tanda aras pada diri sendiri macam mana menjadi seorang ibu macam yang ditonjolkan oleh ibu2 lain di sosial media.


Masa tu ibu lupa. Sosial media bukan kehidupan sebenar. Pilihan yang ditonjolkan dalam sosial media kebanyakkannya cerita indah semata. Sedangkan semua orang ada struggle sendiri. 


Jadi bila ibu bebankan fikiran ibu dengan tanda aras tertentu, ibu jadi fed up bila apa yang ibu nak pada anak ibu tak semudah macam orang lain buat dengan anak masing2.


Jadi ibu belajar untuk follow the flow. Kita buat ikut jalan kita sendiri. Ibu kurangkan diri untuk tengok kehidupan orang lain. Jadi ibu halang diri untuk compare macam mana orang lain besarkan anak dengan macam mana ibu besarkan anak. I do thing at my own pace.


3. Take a break


Find your own ME TIME. Tak kisah walaupun ada cakap2, orang dulu2 tak perlukan ME TIME pun. Mak2 dulu2 tak macam tu pun.


Kita tolak ketepi. Diorang tak perlu, kita perlu.


Dulu setiap kali lepas je punch card, memang terus pecut kereta ambik anak. Sebab ibu selalu rasa bersalah kalau ambik anak lambat dari rumah pengasuh. Jadi untuk beli barang2 keperluan harian, ibu akan ambik masa lunch hour atau pun masa hujung minggu. At the end of the day, i’m exhausted. Tak ada masa untuk berehat. 


Bila penat, emosi pun tak stabil. Nak layan anak pun tak mampu. Jadi lepaskan kepenatan dengan marah anak2.


Tapi sekarang ibu ubah rutin ibu. Masa lunch hour untuk rehat. Untuk tidur sekejap. Layan Netflix sambil makan. Habis kerja ibu dah tak terkejar ambik anak. Kalau ada keperluan, masa nilah ibu akan cari barang dapur. I take my time. Sebab shopping barang rumah pun adalah 1 tempoh me time untuk ibu.


4. No definite rules to be a mother


Jangan bebankan diri dengan definisi “Ibu terbaik adalah…”


Breastmilk vs formula

No salt no sugar food vs nestum

Homemade cook vs beli kedai

Pampers free as early as possible vs pampers free when the baby is ready

Etc


Setiap orang nak bagi yang terbaik untuk anak2, tapi kita bagi yang terbaik ikut kemampuan. Dan ikut rezeki. Jangan bebankan diri sendiri dengan apa yang kita tak mampu atas kekangan masing2.


Percayalah, kita semua adalah ibu yang terbaik.


5. Appreciate your daily achievement


Ibu dah buat 1 rutin. Ibu sediakan 1 journal for daily achievement as a mom.


Apa kejayaan ibu hari tu. 

Ahad: kemaskan dapur. 

Isnin: teman Ammar buat homework

Selasa: lipat kain 2 bakul

Rabu: basuh kain 3 bakul

Khamis: masak

Etc


Kalau ikutkan setiap hari takkan habis kerja kat rumah. Tak kira lagi rumah sepah. Ibu personally tak mampu kemas rumah hari2. Jadi stress. Tapi teringat Tok Ma pesan, ada masa kita perlu pejam mata sebab kita tak mampu buat semua.


So, at the end of the month, kita tengok balik journal kita, kita tahu dah banyak yang kita buat. We are a great mom.


6. Reward yourself


Tak perlu tunggu orang appreciate kita. Kita yang perlu appreciate diri sendiri. Setiap bulan memang ibu akan ambik sikit dari gaji untuk reward diri sendiri. Tak kisah sama ada makan sedap, beli baju, etc untuk diri sendiri.


Kita dah penat bekerja. Kita dah banyak fokus pada keluarga dan anak2. Kita perlu hargai segala penat lelah kita. 

………


Dan sebenarnya kunci utama penyelesaian bagi masalah Burnt Out di kalangan ibu2 adalah ada pasangan yang memahami dan membantu.


Faham keperluan, kepenatan, pengorbanan kita.

Bersedia untuk sama2 bantu uruskan rumah dan anak2.

Beri masa untuk kita rawat emosi sendiri bila dah sampai kemuncak.


Macam mana ibu tahu ibu dah jadi ibu yang terbaik untuk anak2? Bila anak2 bangun tidur dan nampak kita, mereka senyum. Bila kita peluk dan cium, anak2 cakap “sayang ibu”. Bila mereka bergelak tawa dengan kita. Bila mereka akan bercerita dengan kita aktiviti seharian bila kita balik kerja.


Itu tanda kita dah buat yang terbaik. Sebab ibu yang gembira akan buat anak2 gembira.



#penaibuAmmar

 Don’t forget the Reality 🌷


When you are at lost.


When you feel worthless.


When you think you are at the end of the road.


When you feel helpless.


Remember the reality.


He SAW loves you the most, his ummah.


Allah is closer to you than your jugular vein.


#selfreminder 

#notaAidaAzlin

#daripenaibuammar 



 Kisah Khamis lepas 


Sampai je rumah lepas balik kerja dan setel ambik anak2, drama bermula. 


Abang ajak main basikal, Aaira mengamuk nak tidur, Aleesya nangis sebab pampers tak selesa berak. Ibu still demam, sakit2 kepala. 


Ammar: jom la ibu teman Ammar nak main basikal.

Ibu: nantilah Ammar. Masuk rumah dulu ibu tak larat. Nak basuh berak Aleesya. 


Terus dia merajuk masuk bilik. 


Ok takpe. Biasalah Ammar merajuk. Nanti ibu pujuk. 


1. Setel Aaira. Ambik susu, tukar pampers heavy. Biar dia selesa tidur. 


2. Aleesya dah diam. Letak dulu dia kat bawah sebab ibu tak solat lagi. 


Masa tengah ambik wudhuk dengar sayup2 suara menangis dari bilik sebelah. Siapa lagi kalau bukan anak paling manja ibu 😌 


Pergi bilik Ammar, peluk Ammar. Skrip drama merajuk macam biasa bermula. 


Ammar: ibu tak sayang Ammar... ibu sayang Aaira je. Sayang baby je 😭😭😭

Berderai2 nangis. Tengok macamana Akif nangis masa kena marah dengan Jat? Ha, cenggitu la kuat Ammar nangis. 


Ibu: Ammar sayang ibu tak?

Ammar: tak 


Ok, Ammar dah tak sayang ibu, ibu bagi Ammar masa bertenang dulu. Sebab ibu nak solat. 


Ammar still sedu2. Ibu solat bilik sebelah. 


Siap solat tiba2 dengar dari bilik sebelah suara zikir "Hasbi Rabbi". Ibu pun masuk bilik Ammar. Tengok dia tengah main game racing, sambil sedu2, sambil dengar zikir. Tengok tajuk video Youtube tu, "zikir penenang hati" 😭 Subhanallah, bagusnya anak ibu. 


Ibu: ibu sorry. Ibu sayang Ammar. Nanti kalau adik2 dah tidur, hujan kat luar dah berhenti, kita main basikal ye. 


Ammar angguk. Ibu peluk Ammar. 


"Sayang ibu tak?"

Ammar: sayang. 


Setel solat, basuh berak dan mandikan Aleesya, Aleesya dah kenyang, tido. 


Kepala ibu dah rasa berat balik. Tapi tiba2 pintu bilik tido terbukak. 


"Ibu, hujan dah berhenti. Jom teman Ammar main basikal!" Muka ceria je ajak ibu. 


Kepala sakit lagi. Tapi sebab dah janji dengan Ammar, Ammar pun dah datang tuntut janji. 


"Okay, kita main kat luar tapi 15 minit je tau. Ibu takut adik bangun, ibu tak dengar. Ibu pun demam lagi ni" 


Ammar: ok ibu. 


Tulah drama main basikal hari Khamis lepas. Tapi ibu biar Ammar main dalam 25 minit. Muka dia happy sangat, senyum je. Tunjuk skill pusing basikal pun dah tak jatuh. 


Ada abang bulldozer duk lalu depan rumah. Excited dia sambil tunjuk abang bulldozer rata tanah hujung lot. Nak dapat jiran baru kot kita ni 😊 



Kadang2 rasa kesian kat anak sulung. Nak tak nak dia jugak yang terpaksa di kemudiankan sebab adik2 still kecik untuk faham erti sabar, kongsi, tunggu turn. Walaupun ada certain benda kalau time main, siapa yang nak main dulu, ibu bagi dulu. Sebab takkan nak biar abang yang sentiasa mengalah. Tapi banyaknya abang jugak yang beralah. 


Tipulah ibu mampu untuk berlaku adil pada abang Ammar setiap masa. Kalau dah adik nangis melalak, yang tu jugak didahulukan. Tapi seboleh mungkin ibu dan papa cuba cari masa untuk isi tangki emosi Ammar. 


Dengan harapan semoga kehadiran adik2 tak menyebabkan Ammar rasa terancam. Semoga kehadiran adik2 buat Ammar rasa masih sentiasa disayangi macam masa Ammar sorang2 dulu. 


#jurnalibu

#daripenaibuAmmar

#NikAmmarDanial

#6years7months25daysold 


📖 Nota Parenting Ohsem|Dr Taufiq Razif



Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. Sesungguhnya kematian adalah sebaik-baik peringatan.


Baru je lepas tidurkan Aaira dan Aleesya. Tiba2 phone bunyi. Nampak nama Kak Norazli Syarifah. Tengok jam dah pukul 9 malam lebih.


Dalam hati rasa pelik K Azli call malam2. Lagi2 kalau hujung minggu. Masa tu dah rasa tak sedap hati. Ke K Azli ada kecemasan?


Angkat je call, speechless. Macam tak percaya. Terketar2 tangan lepas dah letak phone. Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. Allah jemput K Atiqah ke negeri abadi.


Lama termenung. Betul ke? Rasa nak peluk anak2. 


2 hari ni demam. Badan tak larat, kepala sakit berdenyut2. Orang kata sakit tu kifarah dosa. Mungkin banyak dosa yang ibu buat dengan sedar dan tanpa sedar. Tiba2 banyak fikir pasal kematian.


Teringat arwah abam pun demam sebelum dijemput Ilahi. Hati risau, bimbang. Tipulah jika kata tak takut. Adakah aku bersedia? Banyak sangat rasa dosa dengan Allah dan dengan manusia. Kalau pergi dulu macam mana anak2. Mampu ke papa jaga anak sorang2.


Tiba2 dapat pulak khabar kematian akak. Benar, ajal tu benar2 dekat. Tak lewat seminit. Tak cepat walau sesaat.


Akak, teringat first time jumpa akak masa kursus PHIS. Dah kenal nama akak lama. Bila duduk sebelah akak masa kursus, tengok akak tulis nama dan tempat kerja, terus saya tanya, ”akak wife Amir ke?” Direct je saya kak.


Tapi akak lembut dan ramah je sapa saya. Terus kita boleh borak macam dah kenal lama.


Baru je 2 minggu lepas pergi audit Adaf KK Rahmat. Saya kata kat suami akak bila nampak nama akak ada lagi kat board bilik pegawai,

“Memang saja tak nak buang nama ni ke? Kalau rindu tengok sini je” kami sama2 gelak.

Tak sangka gurauan saya akhirnya ada makna. Rindu yang tak berpenghujung. Yang takkan pernah ada penawar.


Al-fatihah. Moga Allah tempatkan akak bersama para solehin.


Can you spot the "bonggol" dekat kening Ammar? ðŸ˜£


Ammar ni ada 1 tabiat. Jalan, berlari, bawak basikal. Suka dia tak tengok kat depan.

Malam ni nasib tak baik.

Duk aktif berlari dalam rumah ikut ibu, tiba-tiba kepala terlanggar tepi pintu sebab berlari tak tengok depan.

Degang!!

Benjol seketul. Alhamdulillah lepas "demoh", dah surut sikit.

Mintak milk2. Tertido. Tak sempat makan malam. ðŸ˜”kesian anak ibu tidur lapar. Nanti Ammar bangun ibu suap deh.

Kena monitor Ammar. Kuat jugak bunyi terhantuk.

Nak monitor tanda-tanda Cerebral Concussion.

Ibu exaggerate? Tak lah. Tabiat seorang pharmacist. Everything relates to my work.

Apa tu Cerebral Concussion? Bahasa mudah, gegaran otak.

Perasan tak kalau orang yang accident, walaupun hanya sebab terlanggar lembu, tapi ada hentakan pada kepala mesti paling kurang kena tahan kat ward 24 jam.

Tahu tak kenapa? Antaranya adalah sebab nak monitor tanda-tanda cerebral concussion.

Untuk tanda-tanda kecik, antaranya:

✅ Blurred vision
✅ Hilang ingatan sementara
✅ Pening
✅ Sakit kepala
✅ Loya atau muntah
✅ Sensitif pada cahaya atau bunyi

Tapi kalau ada tanda-tanda kat bawah ni, kita kena jaga-tanda. Terus lah pergi ke hospital kalau masih ada kat rumah.

🚫 Hilang keseimbangan
🚫 Sawan
🚫 Keluar darah melalui hidung atau telinga
🚫 Pergerakan mata yang tak normal
🚫 Perasaan confuse yang berpanjangan (macam mana nak translate? ðŸ˜…)
🚫 Slurred speech (percakapan yang tak jelas)
🚫 Pengsan

Ok ni untuk point yang simple. Tu je nak kongsi malam ni.

Nak tengok anak ibu pulak. Moga bangun nanti Ammar ok dan hilang sakit.

Sayang anak ibu.


Seharian kerja memang tak sempat nak curi tulang.

Busy dengan kaunter dan setelkan dokumen perolehan.

Rasa masa kita macam tak cukup, kan?

Tapi bila fokus dunia, tak nak lupa akhirat.

Teringat #reflectionAidaAzlin hari tu.

Bila terlalu sibuk, macam mana kita nak ingat Allah?

Kena selalu teliti setiap perkara yang disibukkan sebenarnya hadiah dari Allah.

🌱 Allah sibukkan kita dengan kerja. Sebab kerja tu satu ibadah. Itu sumber pahala yang Allah berikan untuk kita.

🌱 Allah sibukkan kita dengan fikirkan strategi, cari sumber ilham untuk buat entry dan berikan kekuatan untuk teruskan bisnes supaya kita ada lebih untuk beri lebih pada orang lain.

🌱 Allah sibukkan kita dengan tugasan untuk project bisnes supaya kita mampu kongsi dan jadi bermanfaat untuk orang lain.

Dan banyak lagi nikmat Allah dalam kesibukan yang tak mampu kita hitung.

Jadi walaupun sesibuk mana kita, carilah Allah dalam setiap kesibukan.

Untuk kita mampu didik diri mengingati Allah dalam setiap detik.

#resetmindaresettindakan






Ibubapa yang belum pernah ada pengalaman anak mendapat febrile fit atau demam sawan pasti tak tahu apa yang perlu dilakukan pada masa tu kan?

Jom kita belajar!

Ibu kongsikan tips ni berdasarkan pengalaman dan nasihat yang doktor berikan sepanjang Ammar warded masa kena febrile fit hari tu.

Moga anak2 kawan2 dijauhkan dari musibah ni. Tapi lebih baik tambahkan pengetahuan sebelum terkena. Bersedia itu lebih baik.



Febrile fit atau demam sawan adalah keadaan yang biasa dialami oleh bayi berumur 3 bulan hingga 6 tahun.

Tapi, jika anak berusia kurang daripada 3 bulan atau lebih dari 6 tahun, jangkitan lain yang lebih serius perlu di ambil kira seperti meningitis iaitu jangkitan kuman dalam selaput otak.

Jika belum pernah alami masalah ini, jom kita belajar tips yang perlu ibubapa ketahui.


Supaya kita tak tersilap langkah dan membahayakan anak2.


Tips #1: JANGAN PANIK!

Ibubapa perlu bertenang dan fokus.

Ini adalah supaya lebih mudah untuk ibubapa mengawal keadaan dan fikirkan langkah2 seterusnya untuk membantu anak.



Tips #2: MENGIRINGKAN ANAK KE SEBELAH KIRI

Sangat penting tau untuk ibubapa letakkan anak yang tengah sawan mengiring ke sebelah kiri.

Ini adalah supaya apa2 bendalir dari mulut atau muntah tidak masuk balik ke dalam mulut dan mengganggu pernafasan yang membahayakan anak.

Lapkan lelehan atau buih yang keluar melalui mulut.



Tips #3: SUPP PCM DAN TEPID SPONGING

Tips yang sangat penting. Lebih2 lagi buat ibu2.

Sila sentiasa pastikan dalam handbag ada Suppository Paracetamol atau ubat demam punggung.

Apa2 kecemasan, ubat ni sangat membantu untuk menurunkan suhu badan anak dengan cepat.

Tepid sponging adalah istilah untuk kita basahkan badan anak yang sedang demam.

Ketika anak sedang sawan, lakukan tepid sponging bermula dari BAWAH KE ATAS dan dalam keadaan ANAK MENGIRING.

Moga lebih cepat suhu badan turun, sawan anak akan cepat berhenti.



Tips #4: JANGAN MASUKKAN APA-APA KE DALAM MULUT

Ketika anak sedang sawan, pastikan ibubapa TIDAK MASUKKAN APA2 susu atau air ke dalam mulut anak kerana boleh menyebabkan anak tersedak dan membahayakan diri.



Tips #5: KIRA TEMPOH MASA SAWAN

Ini sangat penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yg betul bagi memutuskan rawatan yang terbaik untuk anak apabila tiba di hospital nanti.


Tips #6: JIKA LEBIH DARI 5 MINIT, PERLU SEGERA BAWA KE HOSPITAL ATAU KLINIK BERDEKATAN

Jika sawan berlaku lebih dari 5 minit, ibubapa perlu segera bawa anak ke hospital.

Kemungkinan keadaan anak sebegini memerlukan rawatan dan penyiasatan lebih lanjut.

Jika kurang dari 5 minit tapi berlaku untuk kali pertama, perlu juga bawa ke hospital untuk pemerhatian dan bimbang jika berlaku lagi.



Tips #7: TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN ANAK ANDA

Jika anak kita mudah sakit, sangat penting untuk kita tingkatkan imun sistem badan anak untuk melawan sebarang jangkitan.

Untuk ibu2 menyusu, pengambilan Vitamin C yang merupakan antioksidan yang melindungi badan dari radikal bebas mampu meningkatkan sistem imun badan ibu dan juga bayi.
Older Posts Home

Welcome to Dari Pena Ibu Ammar. Feel free to search anything =)

About Ibu

Ibu Ammar Aaira Aleesya
Menulis adalah satu cara untuk mencari diri sendiri. Tulisan adalah kata-kata yang jujur dari hati. Tulisan adalah curahan jiwa tanpa sekatan batasan

Your Interest

  • Parenthood Stuff
  • Pharmacist Thingy
  • Skincare Tips & Info

SUBSCRIBE & FOLLOW

MONTHLY POPULAR POSTS

Advertisement

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template