KENALI 5 TANDA AWAL BAKAL BERSALIN!




Lebih2 lagi untuk ibubapa baru, mesti tak pernah alami pengalaman ni.

Jadi, tak pasti akan tanda2 akhir kehamilan.

Tak tahu bila nak bersedia dengan bag2 barang bayi untuk dibawa ke hospital bila proses bersalin bermula.

Jom kita kenali 5 TANDA AWAL KELAHIRAN.


Minggu ke 2 hingga ke 4 akhir kehamilan bayi akan bergerak sedikit kebawah dari posisi biasa.
Ini disebabkan kepala bayi semakin jatuh ke pelvis.
Ini juga menyebabkan ibu-ibu semakin kerap membuang air kecil kerana kedudukan bayi yang menekan pundi kencing.


Di trimester akhir kehamilan, ibu-ibu akan sering mengalami sakit belakang.
Pada waktu ini, ibu-ibu akan mudah mengalami cramp pada bahagian rahim seolah-olah kontraksi berlaku.
Tapi, kesakitan ini hanyalah sederhana dan hanya jarang-jarang berlaku.


Hormon yang dirembeskan untuk membantu kehamilan turut memberi kesan kepada pergerakan sistem perkumuhan.
Ini menyebabkan kita kerap ke tandas dan boleh menyebabkan cirit-birit.


Semakin kita menghampiri saat untuk bersalin, badan akan merembeskan hormon 'relaxin'  yang bertindak untuk menenangkan ligamen dan seterusnya membuatkan sendi berasa lebih longgar daripada biasa.
Tindak balas ini berlaku kerana persediaan badan untuk memberi ruang kepada bayi untuk keluar daripada rahim dengan melonggarkan sendi pada pelvis.



Dengan segala persiapan untuk bersalin dan kekerapan ke tandas, berat badan mungkin akan turun sedikit atau mula berhenti naik berat badan.
Berat badan juga boleh turun kerana perubahan hormon pada badan.
Tapi ibu-ibu jangan bimbang kerana penurunan berat ini tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

0 comments