Petua untuk Berjaya dalam Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anak. Terutamanya dari segi pemakanan.

Bagi anak kecil, semua ibu pasti teringin nak memberikan susu badan sendiri sepenuhnya kepada anak.

Tapi ada antara kita yang berjaya, ada yang tak berjaya.

Yang tak berjaya bukan bermakna kita ibu yang gagal. Setiap anak memberikan pengalaman yang berbeza.

Jadi bagi ibu baru atau ibu yang nak cuba menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya, jom kita belajar petua untuk berjaya dalam perjuangan susu ibu.

1. PENUHKAN DIRI DENGAN ILMU PENYUSUAN

Penyusuan bukan berlaku secara natural. Semua perlukan ilmu. Jadi untuk bakal ibu atau ibu-ibu lain perlu mencari ilmu tentang penyusuan.

Bacalah buku, cari info tentang penyusuan atau boleh menghadiri mana-mana kelas penyusuan yang ada.

Ilmu penyusuan perlu dicari seawal kehamilan supaya kita lebih bersedia.

2. YAKINKAN DIRI BAHAWA SUSU CUKUP UNTUK ANAK

Penyusuan susu ibu sangat bergantung kepada psikologi. Ada yang bimbang,

"Keturunan saya memang susu sikit"
"Saya takut susu saya tak cukup"
"Saya dah pernah gagal untuk menyusu anak pertama, mungkin lepas ni saya akan gagal lagi"

Please ibu-ibu Reset minda. Positifkan diri. Yakinkan diri bahawa kita mampu susukan anak kita seperti orang lain.

Dan jangan lupa sentiasa berdoa pada Yang Maha Pemberi Rezeki.




Macam mana nak pastikan bekalan susu cukup untuk anak? Boleh baca di entry ibu --> Tips Pastikan Bekalan Susu yang Cukup.

3. SUSUKAN ANAK DALAM KEADAAN TENANG

Penyusuan dalam keadaan tenang sangat membantu bagi ibu-ibu. Keadaan ibu yang stress akan mengganggu penyusuan.

Ibu-ibu perlu berada dalam keadaan tenang lebih-lebih lagi ketika masih dalam pantang.

4. PASTIKAN POSISI PENYUSUAN YANG BETUL

Posisi penyusuan sangat banyak mempengaruhi kejayaan seseorang ibu dalam penyusuan.

Jika salah posisi penyusuan terkadang akan memberi masalah kepada ibu dan bayi sendiri.

Boleh baca tips tentang posisi penyusuan dalam entry ini --> Kenali Posisi Penyusuan.

5. MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG DAN BERKHASIAT SERTA MINUM AIR YANG MENCUKUPI

Pemakanan ibu sangat banyak mempengaruhi penghasilan penyusuan. Kenali makanan yang mampu membantu membekalkan susu yang bernutrisi kepada anak.

Komponen utama susu adalah air. Untuk membantu penghasilan susu yang baik, setiap ibu menyusu WAJIB minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.

6. FAHAMI KONSEP DEMAND VS SUPPLY

Setiap ibu menyusu perlu faham tentang konsep demand vs supply. Ini adalah konsep yang akan memastikan berjaya atau tidak perjuangan penyusuan kita.

Jika tinggi demand, supply akan meningkat. Lebih banyak penyusuan dilakukan, maka penghasilan susu juga akan meningkat.

Jika ibu-ibu bersama anak, pastikan penyusuan dilakukan setiap 2 atau 3 jam. Jika berada di tempat kerja, ibu-ibu perlu mengepam setiap 3 atau 4 jam untuk memastikan penghasilan susu tidak terganggu.

JAUHI FAHAMAN YANG SALAH TENTANG PENYUSUAN

1. Di awal kelahiran, jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak cukup untuk bayi. Bayi hanya memerlukan kolostrum pada hari-hari awal selepas kelahiran.



2. Bayi seawal lahir hingga usia 6 bulan tidak memerlukan minuman lain seperti susu botol atau air. Bayi yang didedahkan terlalu awal dengan penggunaan botol susu akan memberikan risiko untuk gagal dalam penyusuan. Ini kerana cara menghisap potong botol adalah berbeza dengan puting ibu.

Jika perlu untuk bayi diberikan susu selain dari direct latching daripada ibu, penggunaan sippy cup adalah lebih digalakkan.

3. Dalam masa 6 minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Jangan terlalu awal "kondem" diri sendiri jika anda menghadapi masalah dalam penyusuan.

Ibu harus sentiasa bertenang dan bersabar semasa penyusuan kerana dengan cara ini akan lebih mudah buat ibu menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan.

4. Anak-anak yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan kerap membuang air besar kepada komponen susu ibu yang lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Najis anak biasanya cair dan berwarna kuning.

Namun ada juga keadaan di mana anak tidak membuang sehingga 2 minggu. Ini perkara normal untuk penyusuan eksklusif selagi mana perut anak tidak mengeras atau anak tidak meragam sakit perut.

0 comments