.:: MINUMAN BERKULTUR SEBABKAN LEUKEMIA PADA KANAK2? ::.



Pernah satu masa dulu heboh orang duduk share bahawa minuman berkultur menyebabkan kanser. 😱

Masa tu semua orang duduk share, vitagen, yakult.

Tapi tahu tak kawan2 semua tu adalah mitos semata2?

🚫 Mitos: peminum susu berkultur menyebabkan terjadinya kanser.

✔ Fakta: Minuman berkultur perlu dielakkan bagi PESAKIT yang TELAH menghidap kanser yang mempunyai sistem imun badan yang lemah.

Ini disebabkan oleh minuman berkultur mempunyai BAKTERIA HIDUP, yang boleh menyerang sistem imun perumah. Ini menyebabkan imuniti pesakit semakin berkurang.

Pesakit HIV juga perlu mengelakkan minuman berkultur kerana sistem imun badan mereka juga lemah.

Jadi, kenapa perlu KURANGKAN minuman berkultur untuk anak2?

Ini bukan disebabkan minuman berkultur menyebabkan kanser, tetapi kerana minuman berkultur mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jadi, sebagai ibubapa kita perlu kawal pengambilan ini untuk anak2. 😊

4 comments