Hujung tahun ni biasanya memang ramai yang kumpul duit untuk aim jalan-jalan ke luar negara. Lagi-lagi kalau mak ayah yang nak bawak anak-anak yang tengah cuti sekolah.
Untuk ibu, setakat ni taklah nak rebut berjalan-jalan masa cuti sekolah. Sebab Ammar pun tak masuk sekolah lagi. 😆
Tapi ibu nak share pengalaman sepanjang ibu travel ke Australia masa zaman belajar dulu.
Masa belajar dulu tak sempat nak fikir pasal penjagaan kulit. Jadi ada beberapa perkara yang kalau boleh nak je putar balik masa. Jadi tak adalah kulit jadi teruk sangat kalau ke tempat baru dengan iklim yang berbeza. Ye dok? 🤗
1. Sediakan tisu basah atau mask bila dalam flight.
Ni antara perkara paling penting kena buat. Korang tahu tak bila duduk dalam flight yang berjam-jam, tekanan udara dan dalam aircond yang lama akan menyebabkan kulit kita jadi dehydrated dan kering. Jadi kita akan rasa sakit dan tak selesa.
Jadi pilihan yang paling mudah adalah pakai mask. Tapi kalau rasa segan nak pakai mask takut orang terkejut pulak, "ni datang spa ke?" 😅, jadi eloklah kita sediakan tisu basah. Sapukan pada muka setiap 2 jam untuk pastikan kulit muka kita sentiasa lembap.
2. Sunblock vs pelembap muka
Peneman setia untuk jalan-jalan ke luar negara lebih-lebih lagi kalau pergi ke negara 4 musim masa musim panas.
Sunblock bukan hanya untuk tahan panas terik matahari yang sebabkan kulit jadi kusam, tapi untuk fungsi tambahan, sunblock jugak untuk elakkan berlakunya kanser kulit, penuaan dan kedutan pra matang.
Ha. Jangan pandang remeh tau pada sunblock. 😅 Kena tahu pemilihan subblock yang tepat berdasarkan jenis kulit muka.
Untuk pelembap kulit pulak, negara 4 musim selalunya mempunyai kelembapan udara yang rendah, tak seperti negara kita Malaysia yang mempunyai kadar kelembapan udara yang tinggi. Maksudnya, walaupun kita pergi ke luar negara pada musim sejuk, kulit kita akan mudah kering dan menggelupas. Lebih teruk kalau di musim panas. Walaupun panas, kita susah nak berpeluh bila di negara 4 musim. Jadi kulit kita akan lebih cepat kering.
Bila pergi ke negara 4 musim, yang beruntung adalah orang yang mempunyai kulit jenis berminyak. Minyak ni membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Jadi korang akan tengok kulit muka orang yang biasanya berminyak, bila pergi ke negara 4 musim, kulitnya susah nak menggelupas atau merekah. 😌 Untung-untung.
Jadi, kalau memang jenis kulit muka normal atau kering, pastikan pelembap muka sentiasa ada dalam handbag anda sebagai peneman setia. 😉
3. Pilih pencuci muka yang sesuai
Masa zaman belajar dulu, antara tempat favourite ibu adalah Chemist Warehouse. Farmasi yang jual perfume berjenama dengan harga murah-murah. Antara a must place to go kalau korang pergi Australia. Memang tak rugi.
Kalau pergi sana, memang boleh tengok tak banyak produk pencuci muka yang dijual. Tapi kulit-kulit muka orang Australia ni ok je. Yang banyaknya adalah tanning product. 😅 ok, kita jauhkan. Haha..
Untuk negara 4 musim ni, bahan kimia dalam pencuci muka biasanya boleh menyebabkan kulit wajah kita jadi semakin teruk. Jadi biasanya jangan terlalu kerap cuci muka dan pilih pencuci muka yang organik. Dan jangan lupa pakai pelembap selepas mencuci muka.
4. Wajib! Minum air kosong yang banyak.
Bila ke negara yang ada kelembapan udara yang rendah, kita akan mudah dehydrated, kulit pun akan lebih cepat kering. Jadi kena sentiasa pastikan pengambilan air kosong yang cukup untuk pastikan badan kekal hydrated.
5. Tisu basah vs kertas minyak
Nak travel mestilah nak sentiasa kekal cantik. Sebab nanti nak selfie bila pergi tempat-tempat yang menarik. Betul tak? 🤗
Jadi tisu basah atau kertas minyak perlu sentiasa ada dalam handbag. Kalau kulit kering, kita sapu dengan tisu basah. Kalau kulit dah mula berkilat macam cermin, kertas minyak akan jadi penyelamat anda.

0 comments